Jan 23, 2009

Penyeri hidupku...

Salam.....

Hmm...aku pun dah taktau nak tulis apa lagi dalam blog ni....So,sebagai mengisi ruang yang ada,sudilah aku menceritakan tentang perihal si gadis yang dah menambat hati aku ni..(peh,ayat..)

Dia ni agak baru juga la aku kenal......tak sampai 5 tahun pun lagi... aku kenal dia pun time aku di form 5. Dia ni comel...comel sangat2!!! Ei....tiap kali aku balik rumah,aku takkan lupa untuk berjumpa dengan si dia ini kerana tanpa dia,memang sunyi la hidup aku. Kalau dah rindu tu,memang dia la orang yang aku call hari2.....

Ni gambarnya...... sudi-sudi la tengok ya......




Muka tengah tensen dengan akaknya...

Baru bangun tido......

Di hari lahirnya yang kedua..... Baru dua tahun budak ni...

Comel tak beliau???

Siapa dia ni? Ha,ni la manusia yang sentiasa aku rindu......adik aku sendiri.....(korang pikir siapa?)
Nama beliau Nur Alya Najwa Binti Ishak (Adik bongsu aku). Aku panggil dia Alia,tapi ada nama lain lagi yang aku gunakan untuk panggil dia. Biasanya aku panggil dia Botak (pasal kecik2 dulu dia ni botak.....sama cam aku jugak,hehehe) takpun Hagemaru...... Budak botak ni baru berusia 2 tahun 3 hari (time aku tulis blog ni).

Ni la adik aku yang paling kecoh...mulutnya tak ubah cam Mek Kiah,asyik cakap je tak berhenti-henti..... Klu nak hentikan mulutnya daripada berkata-kata,aku bagi je dia makan lolipop ataupun makanan lain. Satu lagi perangai dia ni,kuat nyakat abang-abang dan kakaknya..... Pantang abang akaknya ada keje,time 2 la dia nak kacau..... (tensen gak ngan budak ni....ei,siap ko nanti,alia)

Tapi yang pasti,aku sayang dia sangat2....!!! Dialah penyeri hidup aku dan keluargaku...... Kalau takde si botak ni,sunyi sepi rumah aku..... Aku balik umah pun kurang best....

Ok la,sampai sini je..... nak siap2 gi solat jumaat ni.... Salam
(kepada member2 utp yang balik rumah sempena raya cina ni,berhati2 di jalan raya.... Selamat bguling2 atas katil korang yang sentiasa diridui ya.....hehehe)

0 Comments: