Aug 31, 2010

Kisah di hari cuti

Salam...

Haih,sabo jo lah aku hari ni... Betul-betul menguji iman aku yang tak berapa nak tebal...

Pe jadi? 2 barang penting aku da ilang... RoadTax motor aku yang baru je aku amik dari rumah dan kad metrik aku... Cilake

Memang sabor je la.. ujian tuh...

Haih,abes la duit raya(dapat ke?)aku kali ni wat bayo denda bagai-bagai....

Aug 27, 2010

Awak,

Salam...

Awak,
Dah lama saya sukakan awak,
Sejak saya nampak awak dalam kelas,
pakai baju kurung hijau...
Tapi saya tak mahu awak tahu..

Serius,
Saya suka kat awak..
Lagi-lagi bila nampak awak senyum..
Ia sweet sangat..
Tapi saya tak mahu awak tahu.

Buat masa ni,
Biarlah saya pendam aje perasaan ni,
Sebab saya nak belajar dulu,
Awak juga kan?
Sebab tujuan asal kita masuk U ni sama je,
Nak berjaya mencapai cita-cita kita..

Awak,
Satu hari nanti,
Saya akan bagi tahu,
Perasaan saya pada awak,
bila masanya dah tiba nanti,
Dan saya akan terima segala jawapan dari awak,
Pahit ataupun manis...
Sebab saya dah bersedia,
untuk awak..


(apehal ak jiwang sangat nih?? adeyh...)

Aug 25, 2010

Denda-denda kat sekolah dulu kala...

Salam/hai...


Semasa aku duk mengelamun,melepak di tepi tingkap (padahal kerja melambak kat tepi...) tetibe je aku rasa nak wat entri ni... Kisah-kisah ketika anda didenda sebab pelbagai kesalahan (aku yang baik ni pn ada je kut wat salah...)


Ok,jum kita tengok denda-denda yang pernah dikenakan keatas aku...


1. Jalan itik kat koridor blok akademik.






- Pergh,yang ni la denda yang pertama skali ak ingat,dan kompom tak lupa la... sakit siut...makan luar dalam punya denda... Semuanya sebab Ustaz bagi homework,bukan nak buat.. (memang hampir 1kelas pakat2 tak buat time prep malam..macam hampeh kan?).Esoknya,nah kau,ramai-ramai jalan itik kat koridor... Pergh,sakitnya kaki aku dan yang lelain ni pasal jalan itik ni,2-3 hari gak la baru lega... Lagi sakit,kitaorang ramai-ramai lalu depan kelas lain,dak kelas lain mula la dengan pelbagai respon...(nasib baik takde yang gelakguling2 pasal time 2 ade cikgu kat dalam...) Ini memang malu... tapi xpe,1 kelas kena..hehehe...


2. Kena perambat ngan hot glue stick.




- Yang ni sumpah aku cakap,sakit doe kalau kena... Korang ingat benda alah ni lembik cam agar-agar 20sen sebatang? nampak je boleh bengkok-bengkok, tapi kalau cikgu libas kaw-kaw kat blakang tapak tangan,rasa nak meraung je (tapi ak mana ley raung on the spot,jatuh la saham aku dalan kelas t...). Semuanya gara-gara tak siap kerja skolah jugak..(gile pemalas rupanya aku ni kat skola). 


3. Lari keliling padang


- Punca utama kenapa aku kena lari keliling padang adalah disebabkan aku lambat datang ke sekolah time kecik-kecik dulu. Tapi itu bukan ak yang nak wat,niat pun takde. Semuanya pasal abg bawak bas yang lambat amik kitaorang kat depan rumah + jalan jem sebab ramai nak pegi lunch kat kedai... Tapi takpe cikgu,walaupun cikgu suh lari,kitaorang lari jugak keliling padang tu dulu ikut arahan(kanak-kanak la katakan) sebab tau,bila dah abes lari,cikgu just blah camtu je,dan ini la masanya untuk ke kantin beli air sirap sebungkus dua sebelum masuk kelas...(sempat lagi lencong,haih...)


4. Kena tibai dengan pembaris kayu panjang semeter


- Jangan tipu yang korang tak pernah jumpa 'ubat' yang 1 ni time korang skolah dulu... Teringat lagi time darjah 3,ade la beberapa orang yang tak buat kerja yang telah diberikan(keje nak main jer),lalu cikgu itu pun hangin 1 badan,stop mengajar kejap,amik pembaris kayu atas meja n panggil sorang-sorang...


"Tadah tangan.. ada 'hadiah' yang cikgu nak bagi",kata cikgu... "Ah sudah",getus aku dan yang lain...


2-3 orang pertama selamat la,cikgu pukul pn bole diterima lagi,x sakit mana,tapi ak kesian kat member aku sorang ni la,ntah pe hal lak,cikgu tibai tapak tangan dia sampai patah 2 pembaris tu(mentang-mentang la kerajaan bagi free pembaris tu) meraung dak tu... sakit kut...


- Ade sepesen lagi,cikgu ketuk kat tangan guna yang bahagian kecik tu... Selalu kalau kena pembaris,kena yang permukaan luas. Ni tidak,dia guna konsep fizik dimana lagi kecil luas permukaan,lagi kuat daya yang dikenakan...
Maka,lagi sakit la tangan orang yang kena libas ngan cikgu itu.. hampes...




P/s: kalau nak cerita,banyak ag kut (ha,nampak benor aku banyak kena denda) tapi aku nak gi siap-siap...petang nanti ada pembentangan Kemahiran Berkomunikasi secara Professional atau nama pendeknya PCS..


Sekian,salam...

Aug 24, 2010

Sedikit karutan...Malas nak menaip panjang-panjang...

Gile~

Time nak dekat cuti la,segala seribu lapan perkara datang...
(ala dain,cam ko tak biasa pulak.. hempuk ngan 'whiteboard' kang baru tau)

Minggu ni punya task:
1. Kuiz Kesihatan,Keselamatan dan Alam Sekitar (Health,Safety & Environment)
2. Laporan makmal + persediaan ujian Analisa Jaringan (Network Analysis)
3. Pembentangan Kemahiran Berkomunikasi secara Professional (Professional Communication Skill)
(Ni belum lagi datang kerja-kerja dari subjek Elektronik Digital 2 dengan Kalkulus(ConfirmLulus) Vektor lagi)

Tapi antara yang terberat nak buat,presentation PCS ak ni la... serabut... tajuk je sampai 3 kali tukau (kalau lecturer suh tukar lagi,masak ar aku...). Dapat pulak group 1 kelas semua 1 course,memang pening la nak cari tajuk... Tapi takpa,masalah itu sudah disetelkan oleh aku yang biasa dan rakan-rakan aku yang kacak dan tampan serta cantik-cantik belaka (yang cantik untuk 'bunga' sahaja okeh~ Aiseh,cam ade yang dah ter-kenan jer encik Dain... Duk kenan kat sapa nih?  )

Owh,lupa nak bagitahu... 2-3 minggu hari ni mood aku ada 'swing' sikit... so kalau ak wat kuajaq,korang paham-paham je la... (jangan tanya kenapa mood aku swing.. kang tak pepasal ak yang 'swing' helmet aku kat lutut korang,kasi longgaq sket...)

p/s: bila direct translate subjek-subjek yang aku belajar dalam BM,macam klakar pun ada... :P

Aug 21, 2010

Tutorial: Nak save video dari Youtube?

Salam...

Korang ade tak perasaan,bila dah tengok video kat youtube (contoh: Trailer NFS Hot Pursuit),korang terus nak save dalam PC,nak tengok lagi time free? Mesti mau kan????<--kalau tak selalu,kadang-kadang ada jugak...

Ha,ni ada 1 trick aku nak 'perturunkan' kat korang... Macam mana nak save video dari Internet tanpa guna downloader... (Aku guna Google Chrome,so tutorial ini untuk Chrome user sahaja... Untuk Firefox user,korang bolh ikut jugak,cuma kena cari-cari jugak la cache folder korang)

Step 1: Bukak laman web video itu. (contoh: youtube.com)

Step 2: Korang cari la video itu sampai jumpa... Dah jumpa je,terus play, biar video itu distream sampai abes dahulu,macam kat bawah ni:


Step 3: Open Control Panel korang,klik Folder Options. Pastu,klik tab View,dan klik "Show hidden files,folders and drivers"



Step 4: Lepas korang dah show hidden files,korang open Windows Explorer,taip direktori ni:

C:\Users\\AppData\Local\Google\Chrome\User Data\Default\Cache (Ni untuk Windows Vista dan Windows 7-Chrome)

C:\Documents and Settings\Application Data\Local\Google\Chrome\User Data\Default\Cache (Ni untuk Windows XP-Chrome)

*Username korang 2 korang isi la ya...


Step 5: Ok,sekarang kita dah ada dalam cache folder. Now,kita cari file yang size dia agak besar la,cam yang aku dah highlight kat atas. Copy file 2 dan paste kat desktop.

Step 6: Lepas korang paste file tadi,korang rename balik file 2 dan tambah extension .flv kat belakang. Untuk video HD,korang tambah extension .mp4

Step 7: Enjoy video kegemaran korang secara offline...Yes!



So,aku harap tutorial pertama aku ni berguna pada korang...kalau ada masalah seperti x jumpa file ke,ape ke,utarakan aje kat bahagian komen...

Orait,kini waktu belajar... aku g study dulu la ya... Tata dan selamat mencuba!

Balasan

Salam...

Bulan puasa ni orang kata,kalau buat jahat, dapat bayaran 'cash',takde installment punya...

Bukan la nak kata percaya atau tidak,tetapi aku rasa cam aku dah dapat 'cash' on the spot punya balasan...

Apakah ia?
Hari ni aku sepatutnya dah ada kat rumah,menyakat adik kecilku yang comel,ajak beliau gaduh pasal TV sebab aku ngan adik lelaki aku nak tengok Kamen Rider bersama-sama dekat skrin besar dan bercit-cat dengan seluruh ahli keluargaku yang tersayang....especially mak aku yang pakar dalam jahit-menjahit,sulaman manik dan riben serta membuat beg tangan (sape-sape yang berminat,boleh layari blog ibunda saya di Teratak Ina ya... Nak tempah pun boleh...)

Akan tetapi,yang berlaku adalah....

Hari ni aku kena tinggal dek keretapi baru KTM,KTM ETS atau nama panjangnya ialah Electric Train Service yang sepatutnya membawa aku ke jalan yang benar rumahku di Rawang untuk bertemu pelanggan keluarga aku yang dah lama kut ak tak jenguk.... Rindu kemain lagi ni ha....

Ini la keretapi ETS,hensem kan dia?
Tiket tren aku... Dia tulis departure pukul 1839,siap bulat lagi...
Jap,apa relation kes kena tinggal ni dengan 'cash payment' balasan?

Selepas solat Jumaat,rummet aku dengan penuh semangat nak balik Penang naik bas,tapi tiketnya tak beli lagi... So ak saje-saje la sakat,kata tiket abes...

Tengok-tengok,ak dapat mesej yang dia dah sampai umah,padahal dia beli tiket last minit. Aku yang beli tiket awal ni sekarang sedang mengarang cerita kanak-kanak bersama kekasih hati,Nurin Azaliya di bilik V** S* * (mana ley bagi tahu mana bilik aku,nanti ada orang pasang CCTV,terganggu privasi aku nak layan Kamen Rider W sorang-sorang)

In conclusion,jangan sesuka hati buat benda jahat,kang tak pepasal dapat payment cash on the spot kat dunia... Fikir-fikirlah,itu baru dunia,yang kita duk bawak sebagai bekalan akhirat nanti,lagi macam2...

(p/s: Balik rumah naik motor sangat menjimatkan,akan tetapi ingatlah bahawa ramai orang yang menyayangi anda. Jadi,rancanglah perjalanan anda agar insan tersayang anda menyambut kepulangan anda dengan kegembiraan,bukan tangisan <--Nasihat ini telah disampaikan oleh seorang rider GT yang tak boleh ride jauh-jauh sebab roadtax baru tak sampai lagi + dah nak raya...bahaya ride musim raya ni...)


-panjang bebenar ak menulis,xsangka I-

Aug 20, 2010

PnP,PnP dan PnP...

Kadang-kadang ak blur kejap...

Muka aku ni cam muka dak PNP ke? Please lah,jangan la paksa aku masuk PNP lagi... Tolong la...

The truth is,ak tak pandai guna Adobe Photoshop & Illustrator,so ak mmg noob abes la dalam bab designing baju,poster,banner,bunting,ape lagi??? mcam2la yang melibatkan design,mmg ak out...

Ak just reti handle camera,camcorder,serta mempunyai skil dalam editing video,itu jer... Tak dilupa,skil asas After Effects...(ni pn dah berkarat,since laptop lama ak masuk air...)

Bukan taknak explore,tapi yang ak specialized pn tak berapa nak betul ag...

Ni,org suh design kad raya pun x siap-siap,memanjang tak satisfied jer...

p/s: klu minta ak assist Dept.PnP,boleh je. Tapi Behind The Scenes sahaja,org tak kenal,tak apa...

Aug 19, 2010

T.T

Waa~

Blog ak dah jadi cam crap....

Simple x agak ar....

Aug 17, 2010

Kalaulah....

Kalaulah,
Masa boleh diputar kembali,
Aku pasti,ramai yang memilih untuk kembali,
Kembali ke masa lampau,
Memilih jalan kedua,
Selepas mengetahui keadaan jalan pertama.

Kalaulah,
Sesuatu perkataan atau perbuatan boleh ditarik balik,
Aku pasti,ramai akan cuba memperbetulkan,
Memperbaiki keadaan selepas melakukan kesalahan.

Akan tetapi,
Kalaulah semua itu berlaku,
Bagaimana dengan kesedaran kita?
Tanggungjawab kita?
Pilihan kita?

Segalanya bermula dengan 'Kalaulah'
Kerana 'kalau',kita tak puas,
Sentiasa mengimbau kembali,
Merasa kecewa,
Menyesali segala perlakuan dan pilihan kita.

Segala perbuatan,pilihan kita,
Telah ditentukan olehNya,
Kerana ia yang terbaik buat kita,
Walaupun ia bukan yang kita mahukan.










Aug 15, 2010

Hati..

Hati,
kenapalah kini kau keras sangat...

Aku nak hati yang dulu,
yang bisa mengawal perasaan,
Kerana hatiku kini macam batu,
tiada rasa...

Aug 12, 2010

Lonely~

"Lonely,

im so lonely,
I have nobody,
To call my own...



Im so lonely,
Im mr. Lonely
I have nobody, 
To call my own...
Im so lonely... "




Yes,
I'm alone,
right now.

Facing all problems by myself,
Without others noticing...

I'm alone,
Walking through the road,
leading to a future,
Uncertain future...

I'm alone,
even though there are people around me,
but to lend a hand,
that pulls me out of the hole of darkness,
No one will...

What i really need,
Is a someone,
Somebody,
That can lead me,
To reach the light of success,
Together...




Aug 10, 2010

Transform~~~


Seriously,aku rasa sem ni cam laen jer...
.
.
.
.
.
.
and I like it,YEAH!
.
.
.
.
.
Mana tak lainnya,men game kurang,
FB siap suspend,
duk bercinta ngn buku je skang,
sampai Oyen@Mia pn majuk cz jarang bwak dia jenjalan...
.
.
.
.
.
.
Aku harap transformasi ini berkekalan....
Bukan suam-suam teh O je...
(mana aci korang je dapat 3point, DL...ak pun nak jugak)

Aug 8, 2010

Andai Kegagalan Menjadi Pilihan...

Andai aku terkandas di lautan,
Yang menuju ke pantai kejayaan,
Masyarakat memandang hina,
Seperti sampah di tepi jalan.

Butiran jernih jatuh berderai,
Dari hujung mata,
Ibu ayah yang berharap,
si anak mampu menggapai impiannya.

Adik-adik?
Mungkin mereka tak memandang kearahku lagi,
Mencari yang lain sebagai pengganti,
Pengganti nakhoda kapal,
yang bakal membawa mereka di tempat impian semua.

Apa pula kata sang rakan?
Yang dahulunya bergelak bersama?
"Rasakan",
"serves U right",
Dan "kesian" yang mampu terucap.

Adakah ini yang ku mahu?
TIDAK!

Adakah ak mahu membuatkan
Keluargaku menangis kesedihan?
Kerana kegagalanku?

TIDAK!

Adakah aku mahu ibu ayahku
Menangis kegembiraan,
Tika ak di pentas,menerima segulung ijazah
Yang diusahakan sejak sekian lama?
Atas bantuan mereka,
yang tak pernah terhenti walau seketika?

YA!!!
ITU YANG AKU MAHUKAN!

Atas segala titik peluh,bantuan,secara fizikal mahupun spiritual yang dicurahkan oleh keluargaku...
Akan kubalas jasa mereka....Ini janjiku...
Akan ku tunjukkan,yang aku pun boleh berjaya...


*ini adalah luahan hati aku,kesedaran aku sendiri,atas apa yang ak dah lakukan keatas diriku selama ini...*