Aug 8, 2010

Andai Kegagalan Menjadi Pilihan...

Andai aku terkandas di lautan,
Yang menuju ke pantai kejayaan,
Masyarakat memandang hina,
Seperti sampah di tepi jalan.

Butiran jernih jatuh berderai,
Dari hujung mata,
Ibu ayah yang berharap,
si anak mampu menggapai impiannya.

Adik-adik?
Mungkin mereka tak memandang kearahku lagi,
Mencari yang lain sebagai pengganti,
Pengganti nakhoda kapal,
yang bakal membawa mereka di tempat impian semua.

Apa pula kata sang rakan?
Yang dahulunya bergelak bersama?
"Rasakan",
"serves U right",
Dan "kesian" yang mampu terucap.

Adakah ini yang ku mahu?
TIDAK!

Adakah ak mahu membuatkan
Keluargaku menangis kesedihan?
Kerana kegagalanku?

TIDAK!

Adakah aku mahu ibu ayahku
Menangis kegembiraan,
Tika ak di pentas,menerima segulung ijazah
Yang diusahakan sejak sekian lama?
Atas bantuan mereka,
yang tak pernah terhenti walau seketika?

YA!!!
ITU YANG AKU MAHUKAN!

Atas segala titik peluh,bantuan,secara fizikal mahupun spiritual yang dicurahkan oleh keluargaku...
Akan kubalas jasa mereka....Ini janjiku...
Akan ku tunjukkan,yang aku pun boleh berjaya...


*ini adalah luahan hati aku,kesedaran aku sendiri,atas apa yang ak dah lakukan keatas diriku selama ini...*