Sep 10, 2012

Lepas rindu dulu~~~

Assalamualaikum all~~~ aku memang suke wat ombak2 rindu ni... sila tahan ye...

Pui, lama gila aku tak menjengah blog aku ni... habuk penuh cam rumah tinggal... segala macam serangga pun dah bertapa kat sini, huhu~~~

Tapi takpe, hari ni kita wat pembersihan hati ruang blog ni... kasi clear semua.

Ape-ape pun, Sabtu lepas (8-9-12) merupakan hari terakhir aku duduk dalam dewan periksa UTP, Uni terchentaku. Ini menandakan bahawa aku akan melangkah setapak lagi menuju final year aku *lambatnye~~~*

Tapi, sebelum aku masuk final year, aku kena pergi wat praktikal dulu, atau dengan nama lennye adalah internship. Sebut pasal internship ni, aku akan start ujung bulan depan, jauh nun di Johor.. ujung semenanjung baq hang~~~*dah la jauh, sorang-sorang plak kena tinggal, batchmate harum sorang pun takde*

Hm, pasni penuh la kut blog aku ngn coretan kehidupan sebagai seorang budak praktikal... Stay tuned naa~~~

Sekian....

Jul 3, 2012

Kehidupan di dunia ini umpama sebuah pementasan

Salam/hi.

Mesti ade yang pernah dengar atau terbaca quotation ini:

"Dunia ini umpama sebuah pentas, dan kita adalah pelakonnya"

Hm, aku pun selalu je dengar pasal quote ni, banyak kali la jugak... Dan bayak juga maksud yang kita leh intepret dari kata-kata ni. Dan pada ak, kata-kata ni maksudkan yang kita ni sikap tak fix. Bole tukar2 ikut situation, dan tak semua yang kita tonjolkan pada orang itu mmg dari diri kita.

Jum kita pandang kiri, kanan, depan dan belakang kita (nak pandang tempat lain pun tak apa, mata sendiri kan?) dan tengok, siapa yang kita leh nampak? Manusia kan? Jum fikir, adakah mereka semua ni menunjukkan sikap yang sebenar? Anda pasti?

Kalau ada orang tanya la, aku kata semua ni lakonan, drama, live action, pementasan semata, since aku tak dapat memastikan sikap seseorang yang aku nampak itu betul-betul diri dia ke tidak. Even aku sendiri ade 'berlakon'. I admit that.

Ada orang, depan family,baik je... Bila ngn member, 180 darjah pusing... langsung lain.

Ada juga manusia yang time nak kenal-kenal,  sopan, baik je... suara tak pernah la nak tinggi. Bila dah berkeluarga, jangan kata suara, tangan sume tinggi je naik...

Dan ada jugak yang jenis depan orang ramai, ok, cheerful. Tapi dalam hati, dia duk tahan sedih, sakit segala sebab dia taknak orang lain tahu apa yang dia rasa.

Pada ak, tak salah berlakon,cuma kita kena tahu siapa kita sebenarnya. Itu lebih baik dari berlakon sahaja tanpa kita ketahui siapa kita sebenarnya. 



~~Adios~~