Showing posts with label UTP. Show all posts
Showing posts with label UTP. Show all posts

Aug 21, 2010

Balasan

Salam...

Bulan puasa ni orang kata,kalau buat jahat, dapat bayaran 'cash',takde installment punya...

Bukan la nak kata percaya atau tidak,tetapi aku rasa cam aku dah dapat 'cash' on the spot punya balasan...

Apakah ia?
Hari ni aku sepatutnya dah ada kat rumah,menyakat adik kecilku yang comel,ajak beliau gaduh pasal TV sebab aku ngan adik lelaki aku nak tengok Kamen Rider bersama-sama dekat skrin besar dan bercit-cat dengan seluruh ahli keluargaku yang tersayang....especially mak aku yang pakar dalam jahit-menjahit,sulaman manik dan riben serta membuat beg tangan (sape-sape yang berminat,boleh layari blog ibunda saya di Teratak Ina ya... Nak tempah pun boleh...)

Akan tetapi,yang berlaku adalah....

Hari ni aku kena tinggal dek keretapi baru KTM,KTM ETS atau nama panjangnya ialah Electric Train Service yang sepatutnya membawa aku ke jalan yang benar rumahku di Rawang untuk bertemu pelanggan keluarga aku yang dah lama kut ak tak jenguk.... Rindu kemain lagi ni ha....

Ini la keretapi ETS,hensem kan dia?
Tiket tren aku... Dia tulis departure pukul 1839,siap bulat lagi...
Jap,apa relation kes kena tinggal ni dengan 'cash payment' balasan?

Selepas solat Jumaat,rummet aku dengan penuh semangat nak balik Penang naik bas,tapi tiketnya tak beli lagi... So ak saje-saje la sakat,kata tiket abes...

Tengok-tengok,ak dapat mesej yang dia dah sampai umah,padahal dia beli tiket last minit. Aku yang beli tiket awal ni sekarang sedang mengarang cerita kanak-kanak bersama kekasih hati,Nurin Azaliya di bilik V** S* * (mana ley bagi tahu mana bilik aku,nanti ada orang pasang CCTV,terganggu privasi aku nak layan Kamen Rider W sorang-sorang)

In conclusion,jangan sesuka hati buat benda jahat,kang tak pepasal dapat payment cash on the spot kat dunia... Fikir-fikirlah,itu baru dunia,yang kita duk bawak sebagai bekalan akhirat nanti,lagi macam2...

(p/s: Balik rumah naik motor sangat menjimatkan,akan tetapi ingatlah bahawa ramai orang yang menyayangi anda. Jadi,rancanglah perjalanan anda agar insan tersayang anda menyambut kepulangan anda dengan kegembiraan,bukan tangisan <--Nasihat ini telah disampaikan oleh seorang rider GT yang tak boleh ride jauh-jauh sebab roadtax baru tak sampai lagi + dah nak raya...bahaya ride musim raya ni...)


-panjang bebenar ak menulis,xsangka I-

Oct 29, 2009

Final exam hanya beberapa ratus jam je lg...xsedar2 ke?

Salam...

Exam dah dkat???

Study pn huruhara lg ni..

Assignment lg,project? adoih la...

Cepat2 la pergi wahai assignments n quizzes n projects...

(p/s: dah berbelas kali kena hypertension...sesuatu yg x pernah berlaku sejak ak masuk u..pergh)

Oct 7, 2009

Such a hectic weeks way forward...

Salam...

Yaa...after all the Raya celebration couple of weeks ago,with all the cheers and happiness...there it comes... The 2nd half of my study period this semester as an Electrical& Electronics Engineering Year 1 Sem 1 student.

Now,it's my time to play catch with my study,struggling to understand and implement all the theories and equations studied before the Raya break and current lectures...

Within this month,I have 2 tests/quizzes per week for this straight 2 weeks...including projects and programming lab tests...

Wargh! So damn hectic fortnight...

Hopefully I can withstand this pressure till the end,when I'm all done with my final test paper next month...InsyaAllah...

(p/s: Ate 1 set of Snack Plate and 1 set of Zinger burger combo to break fast...really full...:) )

Aug 22, 2009

Rasa cam private student la pulak...

Salam...

Klu tgk kat atas tu,msti korang (especially petronas scholar july 08 batch) tau apa yg terjadi kan???

Yaa...kekeringan dana untuk meneruskan hidup di UTP...

Apa kes ni wahai penaja rasmi kami,Petronas?
Kenapa dana kami dibekukan?
Kenapa x masukkan ag duit kami?

Dah nearly 3-4 minggu wang biasiswa kami x masuk...T_T

smpai ak terpaksa memohon suntikan dana tambahan daripada keluarga yg dah terover limit...
(pttnya ak minta less than RM150/month, tu pun time btl2 dah sesak,tp skang ni dah lebih limit...kne ganti blik ar pas ni)

MMg terasa cam private stdnt cz wang sara hidup ditanggung oleh keluarga pd bulan ni...

PS: Kuharap elaunku dan rakan2 semasalah terima bantuan kewangan drpd penaja rasmi kami secepat mungkin...

Aug 18, 2009

Lab Digital Electronics...Terbaek!!!

Salam...

Lab DGE(Digital Electronics) yang br ak lalui beberapa jam lalu mmg x terkata la perasaannya..
Hepi,Tensen,Kompius dan lain2,semua dtg dalam 1 pakej...

Mana taknya,nk wat litar pn terkial2 lagi,silap cucuk la dan macam2 kesilapan la yg ak terbuat time lab td.(sampai LED pn leh lupa mana kaki +ve mana yg -ve.(blur betul)

Tp tu la yg buatkan lab ni best... ble tau mana silap,pandai je nak betulkan,n is ngajar kte utk jd seorang yg detailed n focused. klu xde attitude ni,mmg sah2 la x functional litarku itu..

P/s: Cucuk2 komponen kat breadboard td mcm main LEGO versi elektronik la,heheh)

Apr 29, 2009

Salam...

Hurm...
Cepatnye masa berlalu...
Exam week tak sampai sebulan lagi...
Sempat ke nak prep ni?
Takut,takut!!

Kepada para pembaca...
Kalau ada salah silap,aku minta maaf...
Kalau ada hutang,minta halal...tak pun tagih je...
Kalau ada masa,doakan la kejayaan kita beramai2...

Last but not least,
Time kasih pada mereka yang selalu support aku...
Saya sayang kamu semua...!

Tata... n Salam

Apr 1, 2009

SK Jati Trip to UTP



Salam...

Mood: kepenatan...

Wargh...penat sungguh aku pada tarikh ini(28 Mac 2009)... Mana taknya.dah dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 6 petang,aku dan rakan2 fasi megendalikan 1 program anjuran E3SS,Iaitu:

"SK Jati trip to UTP"

Actually, program ni takde la penat mana,tapi disebabkan semua participant adalah pelajar Tahun Enam yang riang gumbira dan 'mesra rakyat',kami beramai2 pening(pening tapi hepi...)

First of all,pagi tu mereka sampai jam 8 stengah pagi,kira ok lagi la coz ada energi lagi... Pas makan sarapan,fasi2 pun guide la ahli grup mereka ni yang semuanya 127 orang keliling UTP.
Dari pas makan samapai makan tengah hari,kami round. Masuk Robo-robo Lab(robocon Lab),EE Lab(course lain jangan kecik ati ye...),dan gi Pocket D (Dewan Kuliah D2). Kemain hepi sungguh mereka...
"Cik Zu dan 6 adiknya... On the way to Robocon Lab"
"Eh,dah besar dah kau ye," Kata adik dalam pic ni kepada ikan2 di masjid An-Nur UTP.
Berebut2 mintak gambar

Tapi sesi pagi tak seronok sesi petang sebab just jalan2 je... Sesi petang ni sangat2 best!
Sesi petang ni dak2 ni ada aktiviti sukaneka. Stat dari pukul 3 petang +-,sampai pukul 5 petang.

Nak gi main pun kena usaha. Kata orang,Usaha tangga kejayaan. Apa yang diusahakan?

Sebelum gi padang tempat berlangsungnya aktiviti sukaneka yang bertempat di V5, Participant + fasi kena jalan dari Masjid An-Nur sampai V5 (jauh 2,kalau jalan kaki....cian mereka...dan kami ).

Hari ni kafe V3 banyak untung...



Sampai v5,aku kena jaga checkpoint paling ditunggu2 oleh kanak2 riang gumbira ini...

Checkpoint #9:Gol!
Kenapa: Sebab diorang ni suka main bola..
Nak tau caranya?
tgk pics ni.. antara shots yang dapat disimpan dalam handphone:


"Lagi....jalan lagi.."


Coach tengah train player...(cube teka siapa coach?)

"Wey,sepak la bola tu, dah ada depan mata dah.."

"Mana bola?"
"Jangan bukak aa.."

Lepas game,kami beramai2 bergerak ke Chancellor Hall...

On the way there,ada la pulak budak ni yang telah melakukan sesuatu di luar dugaan (memang tak terduga)..... Sembang dengan senior student (dah la senior,international pulak). Bole lak dorang bantai sembang cam mamat u member dia kecik2 dulu...

Dah siap dia sembang ngan mamat international tu,kami dengan penuh semangat pun sambung perjalanan sampai CH...Penat tu....

Muka2 mereka yang keletihan, tapi tetap ceria...

After closing ceremony,mereka pun balik,tapi,fasi pn ada yang follow balik skali..(termasuklah si penulis)... Sibuk sangat nak ikut...


Riang!!
Sebelum balik UTP...

Sekarang ni dah ada kat bilik...Sedang merindui mereka....waa~ bile bole jumpe lagi,wahai adik2ku???