Aug 21, 2010

Balasan

Salam...

Bulan puasa ni orang kata,kalau buat jahat, dapat bayaran 'cash',takde installment punya...

Bukan la nak kata percaya atau tidak,tetapi aku rasa cam aku dah dapat 'cash' on the spot punya balasan...

Apakah ia?
Hari ni aku sepatutnya dah ada kat rumah,menyakat adik kecilku yang comel,ajak beliau gaduh pasal TV sebab aku ngan adik lelaki aku nak tengok Kamen Rider bersama-sama dekat skrin besar dan bercit-cat dengan seluruh ahli keluargaku yang tersayang....especially mak aku yang pakar dalam jahit-menjahit,sulaman manik dan riben serta membuat beg tangan (sape-sape yang berminat,boleh layari blog ibunda saya di Teratak Ina ya... Nak tempah pun boleh...)

Akan tetapi,yang berlaku adalah....

Hari ni aku kena tinggal dek keretapi baru KTM,KTM ETS atau nama panjangnya ialah Electric Train Service yang sepatutnya membawa aku ke jalan yang benar rumahku di Rawang untuk bertemu pelanggan keluarga aku yang dah lama kut ak tak jenguk.... Rindu kemain lagi ni ha....

Ini la keretapi ETS,hensem kan dia?
Tiket tren aku... Dia tulis departure pukul 1839,siap bulat lagi...
Jap,apa relation kes kena tinggal ni dengan 'cash payment' balasan?

Selepas solat Jumaat,rummet aku dengan penuh semangat nak balik Penang naik bas,tapi tiketnya tak beli lagi... So ak saje-saje la sakat,kata tiket abes...

Tengok-tengok,ak dapat mesej yang dia dah sampai umah,padahal dia beli tiket last minit. Aku yang beli tiket awal ni sekarang sedang mengarang cerita kanak-kanak bersama kekasih hati,Nurin Azaliya di bilik V** S* * (mana ley bagi tahu mana bilik aku,nanti ada orang pasang CCTV,terganggu privasi aku nak layan Kamen Rider W sorang-sorang)

In conclusion,jangan sesuka hati buat benda jahat,kang tak pepasal dapat payment cash on the spot kat dunia... Fikir-fikirlah,itu baru dunia,yang kita duk bawak sebagai bekalan akhirat nanti,lagi macam2...

(p/s: Balik rumah naik motor sangat menjimatkan,akan tetapi ingatlah bahawa ramai orang yang menyayangi anda. Jadi,rancanglah perjalanan anda agar insan tersayang anda menyambut kepulangan anda dengan kegembiraan,bukan tangisan <--Nasihat ini telah disampaikan oleh seorang rider GT yang tak boleh ride jauh-jauh sebab roadtax baru tak sampai lagi + dah nak raya...bahaya ride musim raya ni...)


-panjang bebenar ak menulis,xsangka I-

2 Comments:

Anonymous said...

Haaa..haaa..sedar tak apa..lagi satu nak bagi tau..bulan ramadan ni tuhan bagi offer dia akan bagi kerahmatan nya yang melimpah ruah kepada umat2 nya yang meminta..so berdoa dan mintalah apa saja yang diharapkan..insyallah akan ditunaikan nya..

asparagus malaysia said...

hargh3..HARGH3.....HAAAARRRGHH333....HEHHEE...