Aug 25, 2010

Denda-denda kat sekolah dulu kala...

Salam/hai...


Semasa aku duk mengelamun,melepak di tepi tingkap (padahal kerja melambak kat tepi...) tetibe je aku rasa nak wat entri ni... Kisah-kisah ketika anda didenda sebab pelbagai kesalahan (aku yang baik ni pn ada je kut wat salah...)


Ok,jum kita tengok denda-denda yang pernah dikenakan keatas aku...


1. Jalan itik kat koridor blok akademik.






- Pergh,yang ni la denda yang pertama skali ak ingat,dan kompom tak lupa la... sakit siut...makan luar dalam punya denda... Semuanya sebab Ustaz bagi homework,bukan nak buat.. (memang hampir 1kelas pakat2 tak buat time prep malam..macam hampeh kan?).Esoknya,nah kau,ramai-ramai jalan itik kat koridor... Pergh,sakitnya kaki aku dan yang lelain ni pasal jalan itik ni,2-3 hari gak la baru lega... Lagi sakit,kitaorang ramai-ramai lalu depan kelas lain,dak kelas lain mula la dengan pelbagai respon...(nasib baik takde yang gelakguling2 pasal time 2 ade cikgu kat dalam...) Ini memang malu... tapi xpe,1 kelas kena..hehehe...


2. Kena perambat ngan hot glue stick.




- Yang ni sumpah aku cakap,sakit doe kalau kena... Korang ingat benda alah ni lembik cam agar-agar 20sen sebatang? nampak je boleh bengkok-bengkok, tapi kalau cikgu libas kaw-kaw kat blakang tapak tangan,rasa nak meraung je (tapi ak mana ley raung on the spot,jatuh la saham aku dalan kelas t...). Semuanya gara-gara tak siap kerja skolah jugak..(gile pemalas rupanya aku ni kat skola). 


3. Lari keliling padang


- Punca utama kenapa aku kena lari keliling padang adalah disebabkan aku lambat datang ke sekolah time kecik-kecik dulu. Tapi itu bukan ak yang nak wat,niat pun takde. Semuanya pasal abg bawak bas yang lambat amik kitaorang kat depan rumah + jalan jem sebab ramai nak pegi lunch kat kedai... Tapi takpe cikgu,walaupun cikgu suh lari,kitaorang lari jugak keliling padang tu dulu ikut arahan(kanak-kanak la katakan) sebab tau,bila dah abes lari,cikgu just blah camtu je,dan ini la masanya untuk ke kantin beli air sirap sebungkus dua sebelum masuk kelas...(sempat lagi lencong,haih...)


4. Kena tibai dengan pembaris kayu panjang semeter


- Jangan tipu yang korang tak pernah jumpa 'ubat' yang 1 ni time korang skolah dulu... Teringat lagi time darjah 3,ade la beberapa orang yang tak buat kerja yang telah diberikan(keje nak main jer),lalu cikgu itu pun hangin 1 badan,stop mengajar kejap,amik pembaris kayu atas meja n panggil sorang-sorang...


"Tadah tangan.. ada 'hadiah' yang cikgu nak bagi",kata cikgu... "Ah sudah",getus aku dan yang lain...


2-3 orang pertama selamat la,cikgu pukul pn bole diterima lagi,x sakit mana,tapi ak kesian kat member aku sorang ni la,ntah pe hal lak,cikgu tibai tapak tangan dia sampai patah 2 pembaris tu(mentang-mentang la kerajaan bagi free pembaris tu) meraung dak tu... sakit kut...


- Ade sepesen lagi,cikgu ketuk kat tangan guna yang bahagian kecik tu... Selalu kalau kena pembaris,kena yang permukaan luas. Ni tidak,dia guna konsep fizik dimana lagi kecil luas permukaan,lagi kuat daya yang dikenakan...
Maka,lagi sakit la tangan orang yang kena libas ngan cikgu itu.. hampes...




P/s: kalau nak cerita,banyak ag kut (ha,nampak benor aku banyak kena denda) tapi aku nak gi siap-siap...petang nanti ada pembentangan Kemahiran Berkomunikasi secara Professional atau nama pendeknya PCS..


Sekian,salam...

0 Comments: