Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Aug 21, 2010

Balasan

Salam...

Bulan puasa ni orang kata,kalau buat jahat, dapat bayaran 'cash',takde installment punya...

Bukan la nak kata percaya atau tidak,tetapi aku rasa cam aku dah dapat 'cash' on the spot punya balasan...

Apakah ia?
Hari ni aku sepatutnya dah ada kat rumah,menyakat adik kecilku yang comel,ajak beliau gaduh pasal TV sebab aku ngan adik lelaki aku nak tengok Kamen Rider bersama-sama dekat skrin besar dan bercit-cat dengan seluruh ahli keluargaku yang tersayang....especially mak aku yang pakar dalam jahit-menjahit,sulaman manik dan riben serta membuat beg tangan (sape-sape yang berminat,boleh layari blog ibunda saya di Teratak Ina ya... Nak tempah pun boleh...)

Akan tetapi,yang berlaku adalah....

Hari ni aku kena tinggal dek keretapi baru KTM,KTM ETS atau nama panjangnya ialah Electric Train Service yang sepatutnya membawa aku ke jalan yang benar rumahku di Rawang untuk bertemu pelanggan keluarga aku yang dah lama kut ak tak jenguk.... Rindu kemain lagi ni ha....

Ini la keretapi ETS,hensem kan dia?
Tiket tren aku... Dia tulis departure pukul 1839,siap bulat lagi...
Jap,apa relation kes kena tinggal ni dengan 'cash payment' balasan?

Selepas solat Jumaat,rummet aku dengan penuh semangat nak balik Penang naik bas,tapi tiketnya tak beli lagi... So ak saje-saje la sakat,kata tiket abes...

Tengok-tengok,ak dapat mesej yang dia dah sampai umah,padahal dia beli tiket last minit. Aku yang beli tiket awal ni sekarang sedang mengarang cerita kanak-kanak bersama kekasih hati,Nurin Azaliya di bilik V** S* * (mana ley bagi tahu mana bilik aku,nanti ada orang pasang CCTV,terganggu privasi aku nak layan Kamen Rider W sorang-sorang)

In conclusion,jangan sesuka hati buat benda jahat,kang tak pepasal dapat payment cash on the spot kat dunia... Fikir-fikirlah,itu baru dunia,yang kita duk bawak sebagai bekalan akhirat nanti,lagi macam2...

(p/s: Balik rumah naik motor sangat menjimatkan,akan tetapi ingatlah bahawa ramai orang yang menyayangi anda. Jadi,rancanglah perjalanan anda agar insan tersayang anda menyambut kepulangan anda dengan kegembiraan,bukan tangisan <--Nasihat ini telah disampaikan oleh seorang rider GT yang tak boleh ride jauh-jauh sebab roadtax baru tak sampai lagi + dah nak raya...bahaya ride musim raya ni...)


-panjang bebenar ak menulis,xsangka I-

Aug 8, 2010

Andai Kegagalan Menjadi Pilihan...

Andai aku terkandas di lautan,
Yang menuju ke pantai kejayaan,
Masyarakat memandang hina,
Seperti sampah di tepi jalan.

Butiran jernih jatuh berderai,
Dari hujung mata,
Ibu ayah yang berharap,
si anak mampu menggapai impiannya.

Adik-adik?
Mungkin mereka tak memandang kearahku lagi,
Mencari yang lain sebagai pengganti,
Pengganti nakhoda kapal,
yang bakal membawa mereka di tempat impian semua.

Apa pula kata sang rakan?
Yang dahulunya bergelak bersama?
"Rasakan",
"serves U right",
Dan "kesian" yang mampu terucap.

Adakah ini yang ku mahu?
TIDAK!

Adakah ak mahu membuatkan
Keluargaku menangis kesedihan?
Kerana kegagalanku?

TIDAK!

Adakah aku mahu ibu ayahku
Menangis kegembiraan,
Tika ak di pentas,menerima segulung ijazah
Yang diusahakan sejak sekian lama?
Atas bantuan mereka,
yang tak pernah terhenti walau seketika?

YA!!!
ITU YANG AKU MAHUKAN!

Atas segala titik peluh,bantuan,secara fizikal mahupun spiritual yang dicurahkan oleh keluargaku...
Akan kubalas jasa mereka....Ini janjiku...
Akan ku tunjukkan,yang aku pun boleh berjaya...


*ini adalah luahan hati aku,kesedaran aku sendiri,atas apa yang ak dah lakukan keatas diriku selama ini...*

Oct 29, 2009

Final exam hanya beberapa ratus jam je lg...xsedar2 ke?

Salam...

Exam dah dkat???

Study pn huruhara lg ni..

Assignment lg,project? adoih la...

Cepat2 la pergi wahai assignments n quizzes n projects...

(p/s: dah berbelas kali kena hypertension...sesuatu yg x pernah berlaku sejak ak masuk u..pergh)

Oct 7, 2009

Such a hectic weeks way forward...

Salam...

Yaa...after all the Raya celebration couple of weeks ago,with all the cheers and happiness...there it comes... The 2nd half of my study period this semester as an Electrical& Electronics Engineering Year 1 Sem 1 student.

Now,it's my time to play catch with my study,struggling to understand and implement all the theories and equations studied before the Raya break and current lectures...

Within this month,I have 2 tests/quizzes per week for this straight 2 weeks...including projects and programming lab tests...

Wargh! So damn hectic fortnight...

Hopefully I can withstand this pressure till the end,when I'm all done with my final test paper next month...InsyaAllah...

(p/s: Ate 1 set of Snack Plate and 1 set of Zinger burger combo to break fast...really full...:) )

Aug 22, 2009

Rasa cam private student la pulak...

Salam...

Klu tgk kat atas tu,msti korang (especially petronas scholar july 08 batch) tau apa yg terjadi kan???

Yaa...kekeringan dana untuk meneruskan hidup di UTP...

Apa kes ni wahai penaja rasmi kami,Petronas?
Kenapa dana kami dibekukan?
Kenapa x masukkan ag duit kami?

Dah nearly 3-4 minggu wang biasiswa kami x masuk...T_T

smpai ak terpaksa memohon suntikan dana tambahan daripada keluarga yg dah terover limit...
(pttnya ak minta less than RM150/month, tu pun time btl2 dah sesak,tp skang ni dah lebih limit...kne ganti blik ar pas ni)

MMg terasa cam private stdnt cz wang sara hidup ditanggung oleh keluarga pd bulan ni...

PS: Kuharap elaunku dan rakan2 semasalah terima bantuan kewangan drpd penaja rasmi kami secepat mungkin...

Aug 10, 2009

Blog di pagi hari...

Salam...

Aiyo...esok kelas pagi,
tapi tak ley tido la pulak...
Mata tak ngantok lagi ni...
Apa nak buat ek?

Study?
Main game?
Internet?
Pedengki member yang dah tido?
Miss call orang tak dikenali?

Ok,sudah ngantok...
Ak tido dulu ya...
Tata & gudnite semua...
Salam

Aug 6, 2009

Yang mana satu ni?

1. Nouvo S



2. GT 128

Salam...

Yaa... Ak ada 1 soalan

Pada korang la,mana 1 yang patut ak bawak balik u nanti? Yang nbr 1 ke nbr 2?




Jul 31, 2009

Nak hepi ke nak sedih???

Salam..
Yaa.... Setelah beberapa minggu penantian semua pihak (especially students),
Akhirnya UTP telah mengikut jejak langkah IPT lain untuk menutup kampusnya di Tronoh,Perak kerana kekhuatiran penularan wabak H1N1 dalam kalangan pelajar-pelajarnya...(dah macam headline suratkhabar la pulak)

Akhirnya...cuti jugak UTP... Yay!! Boleh balik rumah!

Tapi,disebalik berita menggembirakan ini,timbul 1 khabar sang angin yang menyatakan sebaliknya,

Bahawa....

Cuti H1N1 akan diganti dengan cuti raya,yang membawa maksud,

Cuti raya kami berkemungkinan dipendekkan...
(sambil buat muka cedey...huhuhu~)

So,nak epi ke nak nangis ni???....please jawab...

Jul 19, 2009

A new start...

Assalamualaikum semua...

Huh...sem baru nak open dah...tak sampai 48 jam lagi (dari mula blog ni ditulis)

Planning sem baru...Aku nak DL starting dari sem ni sampai aku final year...
To achieve that:

1. NO tidur dalam kelas...
2. NO gaming yang melampau... (main game 1/2 jam ke 1 jam je 1 hari)
3. NO tangguh-tangguh kerja...
4. Make sure assignment siap on time (siap tanpa photostating...insyaAllah)
5. Increase my circle of influence (sapa yang pegi STE mesti tau)
6. Buat revision tiap malam...
7. Kurangkan tengok movie...

Actually,banyak lagi...cuma saje taknak tulis...
BTW,NI la perkara yang akan aku buat dan tak buat,starting from sem ni.... 

Lastly,kepada sapa2 yang nampak aku melanggar rules di atas,sila tegur...

(p/s: kalau di-inverse-kan semua yang aku tulis kat atas tadi....kompom rslt ak jatuh,macam sem ni.....woo~ T_T)

Jun 11, 2009

Cuti week 2...

Salam...

1 Word for this week...

BORING!

Boring sgt pasal ak x ley wat aktiviti sepanjang cuti seperti biasa...... Waa~

Uma jauh.... Sorg2 plak...
Mber len...ntah pe kabo la.. 
NAk g kuar xley...
Nak date? Lagi la... (Ak ni ada ke date? hehehe)

Tak po la....pandai la ak menyesuaikan diri kat uma... B
(ps: xsabar nak g STE,pastu balik kampung!..pastu direct blik UTP...Penat gila...)

Jun 7, 2009

1st week of my cuti....

Salam semua readers...

Sowie ar,lama sgt x update page blog nie...bz lor cuti...(plus takde internet kat uma)

Orang cuti rehat,ak cuti kerja...tp ak tak kesah...kerana ia menghepikan ak....

By the way,kini ak dah pindah rumah....nun jauh di Rawang....
My whole week...Kemas rumah!!!

Argh,penatnya diriku ini....
Baru jap td pasang rail langsir.... Kelmarin pasang lampu,siap wiring sendiri (nasib baik tak kena karen,kalau kena,mmg tak tertulis la blog nie...)

2 la ceritanya....

Orang kata, a pic have a story behind it,but.... ak tak dapat nak upload pic rumah ak skang...(cz lpe nak bawak HD skang,nak upload kat uma,tenet takde...)

K la,sampai sini je....tata

(PS: Amir jahat! tau la ak kne g STE time 2...ARGH!!! Nak g Lipis gak!! N,wey,bpe banyak saman ak dapat? Berapa nilainya???)

May 25, 2009

What happened today? (May 25,2009)

Salam...

25 Mei 2009...

Apa jadi hari ni?

1. Hari ni birthday coursemateku... Hepi birthday!!!

2. Hari ni la bermulanya peperiksaan akhir semester...
First paper: Engineering Maths...

Hurm...Emaths....
Nak nanges je rasenye.... Td mmg xley buat dgn cemerlang...
CourseWork mrks dah x cukup nk pass....
Ni duk risau.....ok ke ak jawab td???
Takut2....

Ps:
1- xpe2.... Yang dah lepas,biar kn aje kn.... Nxt paper t kne wat lagi baik.... Ganbatte!
2- Sblm masuk dewan,kne tahan ngn pakguard coz pakai round neck...huhu~ nasib baek bawak jaket...

May 13, 2009

Laptop saya...

Salam...

Hehe,dalam post kali ni,ak nak story sket pasal laptopku ini. Walaupun laptop ni taklah sehebat laptop korang,tapi ak hepi gak pasal ada laptop...

But,baru2 ni, laptop ak wat hal.... tetibe je display jd pelik (ada videonya,tp malas nk upload).
Semuanya terjadi lepas ak update driver dia. pas upgrade,peh..mmg sakit ar hati...

NO worries,kerana semuanya telah kembali normal.... Dan dengan hepinye saya menulis blog ini dengan laptop saya yang dah mantap ni....

(Moral of the story: Jangan ngade2 nak mengubah sesuatu kalau xde ilmu yang sepatutnya....)


May 10, 2009

Untuk Mak saya....:)

Salam...

HAPPY MOTHER'S DAY...

Ni hari kedua paling spesel tuk ibundaku yang tercinta,

Zarina Bt. Mohamed.

Thanks krn jaga saya,
Bagi makan kat saya,
Tegur saya bila saya buat salah,
Selalu suruh bajet duit (coz slalu teroverbajet),
Dan yang paling saya nk ucap terima kasih,
Thanks kerana sentiasa doakan kita sekeluarga...
My mak is the best!
Muakx!

(p/s: sangat bersyukur mak sentiasa ada bila along memerlukan...nk hug mak t!)

Feb 14, 2009

Tutorial english......pergh

Mood: Hepi (lepas dapat makan Thai BBQ Chicken V5)

Salam..

Disebabkan internet di Univ. 'Teknologi' Petronas ini yang macam 'Chipsmore',maka tak dapat la aku meng'update' blog ini seperti kebiasaannya.... (tensen tahap gaban kalau takde wifi signal)

Ok la,la ni aku nak story pasal kelas tutorial bahasa Inggeris aku untuk sem 2 ini. 1st of all,tutorial ni merupakan 1 kemestian @ kewajipan untuk melayakkan diriku ini ke alam Undergraduate (kalau attendance,x < 90%,sila2 la repeat foundation. Aku taknak ia berlaku)

Tutor yang akan memberi tunjuk ajar dalam tutorial ini adalah Mr. Balakrishnan a.k.a Mr. Bala. Kalau tengok pada nama,cam bawak 'bala' je,tapi actually dia memang best,sporting,happening dan lain2. Overall,memang ok la tutor aku sem ni,sama cam sem lepas,Mr. Selva.

Tapi,setiap yang best ada kontranya. Bila tutor best,student pulak yang merisaukan. Kenapa risau?

Ini adalah kerana ada mereka2 yang sama tutorial group tersebut merupakan mereka yang jenis 'pecah tingkap' (ptt ke aku cakap ni?). Tapi kata orang,jangan nilai sesuatu dari sifat luarannya. So,aku mencuba juga la untuk melalui tutorial ini dengan 'selamat'nya....

Erm,sampai sini je la post kali ni. Laptop aku ni pun dah panas ni,hingga mencecah suhu optimum untuk jerang air dan masak telur goreng (boleh wat makan tengah malam aku ni). Bateri pun dah nak abis ni (time nak posting la  U'T'P ni nak blackout). OK,sayonara and Assalamualaikum..... 

-end of story-

Jan 26, 2009

Buat permataku.....

Enti...
Bukan ana tidak mahu memandang wajah enti,
Tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti,
Hari-hari yang pasti...
Bukan ana tidak mahu melirik senyuman pada enti,
Tetapi ana selalu tersenyum di dalam hati,
Agar senyuman ini `mahal’ pada hari cincin disarungkan di jari,
Di hari-hari yang pasti...
Bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pada enti,
Tetapi ana selalu mendoakan agar satu hari nanti,
Ana tidak perlu bertanyakan khabar dan ana sentiasa merasai,
Di hari-hari yang pasti...
Bukan ana tidak mahu bercakap dengan enti,
Tetapi ana ingin menghabiskan bicara-bicara ana,
Ketika mana ana dan enti bukan lagi `ana dan enti’
Di hari-hari yang pasti...
Bukan ana tidak mahu chatting dengan enti,
Tapi ana takut jari-jari ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut enti.
Di hari-hari yang pasti...
Bukan ana tidak mahu mesej dengan enti,
Tapi bimbang ALLAH akan menarik kenikmatan ini di hari-hari yang pasti,
Ketika itu mungkin ALLAH menarik nikmat cinta yang dinikmati di waktu ini.
Bukan ana tidak ingin memandang wajah enti,
Tapi ana bimbang wajah ini tidak akan lagi memberikan senyuman di setiap pagi,
Di hari-hari yang pasti...
Bukan ana tidak mahu memandang senyuman enti,
Tapi ana bimbang senyuman ini akan pudar dan layu,
Di hari-hari yang pasti...
Bukan ana tidak ingin membelikan hadiah untuk hari jadi enti,
Tapi bimbang hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk enti,
Tidak lagi,
Di hari-hari yang pasti...
Enti...
Yakinlah...
Bukan ana tidak ingi mengatakan rindu pada enti,
Tetapi rindu ketika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada ILAHI,
Kerana ia bukan hari-hari yang pasti...
Bukan ana tidak ingin mengatakan cinta pada enti,
Tapi ana tahu cinta saat ini juga tidak membawa kepada cinta ana pada ILAHI,
Kerana ia bukan hari-hari yang pasti...
Kerana ia bukan di hari-hari yang pasti,
Ana tidak mahu hati ana dan enti mati,
Lalu mematikan hubungan ana atau enti engan ILAHI.
Enti...
Intailah sebentar di hari-hari yang pasti,
Ketika itu,
Ana jatuh enti menghulurkan tangan untuk memberi ana harapan,
Ana kesedihan enti bersedia untuk tersenyum di sisi dan menggembirakan,
Ana berseorangan enti lah teman,
Ana kelalaian enti lah mengingatkan,
Ketika itu,
Ana dan enti,
Bukan lagi `ana dan enti’,
Kerana,ia adalah hari-hari yang pasti,
Berdoalah untuk hari-hari yang pasti...
Hari-hari yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran,
Dan itulah jalan yang telah ISLAM berikan...
Selamat Malam Enti...
Moga kita dipertemukan nanti,
Di hari-hari yang pasti,
Seperti yang ALLAHU RABBI telah janji,
Bagi mereka yang mana hati-hatinya tidak mati di hari-hari yang pasti...

(Saya harap sangat akan datang 'hari-hari yang pasti' buat saya dan si dia....)

Jan 19, 2009

First day...

Salam...
Hehehe,hari ni hari first aku masuk lecture (cam baru masuk u je aku ni..)
untuk sem kedua (baru foundation je).

Pagi,jam sembilan....

Pagi tadi masuk kelas,ingatkan subjek Kimia (seperti tertulis dalam jadual),teteapi subjek lain pulak daa.....subjek yang agak menensenkan aku jugak la ('coz tak score last sem) iaitu Emginnering Mathematics (Matematik Kejuruteraan kata orang melayu). "Apesal la emath dulu ni???". Tapi takpe la,asalkan aku dapat study suda..... kan?

Pas e.math (shortform Engineering Maths,panjang sangat nak tulis),aku dan rakan-rakan terus gerak utk mendaftar Lab. Ok lg la sebab tak berapa crowded,n agak laju jugak connection kat situ. Dah puas mendaftar,kami trus lepak jap kat kafe terdekat. 

Sambil lepak2,akun terpandang sesuatu yang agak menarik jugak la,ayam....(huh,cam tak pernah jumpe ayam je aku nie...)

Aku pun tanpa memikirkan status kewangan aku,terus membeli seketul ayam (nak beli seekor,memang konfem lari bajet aku)

"Pergh,sedapnya......Takpe,pas kelas ni aku nak g makan lagi,siap nasi juga. Tak puas makan ayam je..."

Tetapi yang mengecewakan diri,hajatku untuk makan tengah hari kat kafe tersebut tak kesampaian kerana member semua nak makan d kafe yang paling dekat (kafe yang aku lepak td agak jauh gak la...)

"Takpe,next time ak g..... Tunggulah kamu wahai ayam....Akan kumakan dirimu itu...."

Hehehe,tu je aku nak cerita...takde pape pun yang best.....(Saje nak isi masa lapang yang agak lapang ni.....)

Ok,sampai sini je la......ntah apa aku ngarut ni,korang baca je la ya..... Leh gak isi masa lapang korang,heheheh

Salam.... Peace,No War....

Jan 12, 2009

Handsetku....


Salam....
Pergh,lama kut aku tak menaip dalam blog ni (macam la ada orang baca blog aku ni,heheheh)
Takpe,sekarang ni aku nak tulis 1 blog berkaitan handset aku yang masih baru jugak la (tak sampai setahun lagi)

Kisahnya....

6.45 am,Monday:
Entah macam mana,aku tersedar dari tidurku yang agak lena..... Bila dah sedar,tengok jam,tau-tau dah nak lepas dah subuh.... Lalu aku pun terus melakukan perintah Allah yang kadang-kadang terlepas......

6.55 am:
"Mana handset aku ni?" Dengan muka yang masih menunjukkan tanda-tanda nak tidur dan dengan cahaya yang agak kelam (malas nak bukak lampu),aku mencari handsetku yang amat aku sayangi (dah kata mahal,takkan tak sayang kut?)

"Ha,kat sini rupanya engkau,wahai handsetku." Jumpanya? Aku jumpa handset ni terselit kat tepi katil.....

Tapi,yang paling meyayat hati aku ialah........

HANDSET AKU 'JAM' , BEKU , 'HANG'.......Tekan-tekan button tak effect. Bila aku slide down je hp aku mati sendiri.... On balik,padam....

Nampaknya handset aku ni kena dihantar pulang ke kampung halaman aku la,untuk dibaiki di Nokia center yang terdekat (I'm a Nokia user,dan pic hp diatas tu la hp aku).





Dec 27, 2008

Malunya Aku!!!!

Assalamualaikum n salam sejahtera...

Post kali ni,aku nak menceritakan 1 kisah ketika aku membeli-belah di salah satu pusat beli-belah(aka shopping complex) di KL(bajet grand la,hehehe),Spesifically dekat dengan stesen LRT Bandaraya(kalau tak tahu,check Google Maps).

Dikatakan sekarang ni ada jualan murah,aku pun tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam operasi 'berbelanja sambil berjimat'. Mana taknya,diskaun sampai 70%.....Rugi tak join...

Tetapi ia menjadi 1 kisah sedih,lagi memalukan ketika aku ingin membuat pembayaran di kaunter. Ketika di kaunter,

"Ada S*** card tak?"
"Takde la kak"
"OK"

Lalu akak kaunter tu pun scan barcode kat barang-barang aku,lepas scan,ak pn keluarkan bankcard ak,kononnya nk bayar guna kad (action taknak guna cash).

"Dik,savings ke current?"
"Savings"
"Masuk Pin code,dik"
-----------------------------
"Kak,dah masuk dah"
"Dik,tak boleh la baut payment ni,card reject"
"Ha? Betul ke kak? Akak try lg"
"Akak dah try,tak boleh jugak"

Dalam hati aku,"Ah,sudah.....Aku takde cash sekarang ni...."(muka risau ni)

Dgn muka tebal(sebab ramai lagi orang beratur kat belakang aku tadi),aku keluarkan handphone aku.....

"Ayah..."
"Ha,apesal?"
"Card tak boleh guna...."
"Aik? Ko ni niar betul long"
"Iye...."
"Tgu situ,Nanti ayah dtg"


Selang beberapa minit,ayah aku pun datang kat cashier tadi,and terus bayarkan barang-barang aku tadi.....

"Ape long,tak boleh guna card"
"Mana la along tau ayah,dah tak boleh guna. Nak buat macam mana lagi?"

Lepas insiden tu,memang aku kena gelak kaw-kaw punya dengan famili aku....Argh,malunya!!!

(Moralnya,kalau nak gi shopping,bawak cash. Lagi senang,lagi selamat....hehehehehe)

Nov 29, 2008

Exam engineering math aku....

Yay! Akhirnya telah terjawab juga soalan2 e math td dgn 'jayanya' (berjaya ke x,kte tgk nanti...) Herm...tinggal 1 paper je lagi dan ak akn pulang ke kampung halamanku untuk menyakat adik bongsuku yang sememangnya comel..... nak sakat dia habis-habisan...Hahahaha

Back to the main topic,exam eng. math yang aku jawab dari pukul 9 pg sampai kul 12 tgh hari...(3 jam yg memerah otak...stres tahap gaban). Aku mmg tensen gila(tap takde la sampai gila betul....)Eee...nyesal x bukak soalan past year...soalan2 kuar sebijik2...Kata orang t'ganu,bulat gete... Ak dah wat soalan2 tu pn kantoi ag...
Tp paep pn,benda dah lepas kan?? So,kita go on dengan life kita yg seterusnya...

K,salam...