Aug 17, 2010

Kalaulah....

Kalaulah,
Masa boleh diputar kembali,
Aku pasti,ramai yang memilih untuk kembali,
Kembali ke masa lampau,
Memilih jalan kedua,
Selepas mengetahui keadaan jalan pertama.

Kalaulah,
Sesuatu perkataan atau perbuatan boleh ditarik balik,
Aku pasti,ramai akan cuba memperbetulkan,
Memperbaiki keadaan selepas melakukan kesalahan.

Akan tetapi,
Kalaulah semua itu berlaku,
Bagaimana dengan kesedaran kita?
Tanggungjawab kita?
Pilihan kita?

Segalanya bermula dengan 'Kalaulah'
Kerana 'kalau',kita tak puas,
Sentiasa mengimbau kembali,
Merasa kecewa,
Menyesali segala perlakuan dan pilihan kita.

Segala perbuatan,pilihan kita,
Telah ditentukan olehNya,
Kerana ia yang terbaik buat kita,
Walaupun ia bukan yang kita mahukan.










0 Comments: