Jan 24, 2009

Semua tentang namaku.....

Salam.....

Status semasa menulis: Ngantuk!!!!! (tapi taknak tido....)

Tetapi takpe,akan kumanfaatkan masa ni untuk aku menulis blog (lagi....)

Hari ni aku nak bercerita tentang nama-nama yang aku dapat dari ak baru lahir sampai la ni.....kalau dikira-kira...agak banyak la nama panggilan aku. Tunggu cerita pasal nama aku....

Firstly,nama sebenar aku adalah Zulyadain bin Ishak. Diulangi,Zulyadain bin Ishak.... Aku pernah tanya ayah aku,"Ayah,mana dapat nama ni?". Dia kata dia dapat nama ni time dengar ceramah kat Taman Melati,Kuala Lumpur (Kalau tak silap). "Maknanya?"."Along cari la sendiri". Disebabkan ni nama aku,aku cari la jugak makna Zulyadain ni... Kat buku nama-nama anak,tak jumpa.....(Sedih gak ar.....nama takde dalam list). Then aku pun google nama aku kat internet (apa guna orang buat internet kalau kita tak guna kan??). As the result,aku pun jumpa la asal-usul nama aku di Google..... Pemilik asal nama Zulyadain ni adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w (nak details,Google sendiri. Kang aku cerita details mau penuh page aku nanti....) 

Tapi aku agak terkilan juga la bila aku jawab soalan cepumas tentang nama aku ni. Ok,makna Zulyadain ni adalah 'yang mempunyai 2 tangan'. Ada ke patut ada segelintir manusia ni main2 dengan makna nama aku ini? tak patut kan???

Ok,done dengan nama asal aku..... Skang ni aku nak list down nama panggilan yang aku terima setakat ini.

  1. Along: Ni nama rasmi kat rumah.
  2. Zul: Nama panggilan rasmi ramai orang (Nama paling komersil setakat ni....).
  3. Dain: Member rapat je leh panggil dengan nama ni.....
  4. Ayin: Nama ni sebenarnya makcik aku yang guna untuk panggil aku kat kampung,tapi aku try untuk komersilkan nama ni di UTP. Setakat ni hanta student EE dan Ahli Medtech je panggil aku guna nama ni......
  5. Yadain: Ni nama yang agak janggal la.... Homeroom-mate aku yang bagi (student mrsm mesti tau homeroom tu apa kan????).
  6. Radja: Ni adalah nama yang paling-paling pelik pernah aku dapat. Radja? Camne leh dapat pun aku tak tau.... Semua student MRSM K.Lipis batch spm07 panggil aku guna nama ni... DAlam UTP,hanya beberapa orang je panggil aku guna nama ni.....
OK,sampai sini je post aku untuk hari ini..... Otak pun dah tepu (saturated) dah ni,tak tau nak tulis apa lagi...... Kalau ada soalan berkaitan nama-nama ni,comment anda diterima..... Salam..:)


4 Comments:

siti sakinah said...

ok la tu gelaran yg ko dpt.
aku ni,dtg utp je, trus dpt name skin!!
ish!!
ko jgn nk pggil2 aku skin
aku xsuka hehe

Ayien said...

Kok camtu,aku pgl ko ct la....
ok x???

nurfaizah.hasim said...

yep2..
ak pggil ko ayin yek??

Ayien said...

OK la ayin...
jgn panggil aku radja suda.....