Salam...
Hari ni penulis nak story sikit ape yang berlaku sepanjang minngu lepas...
Jumaat, 16 April 2010:
- Penulis rasa sanat epi kerana dapat balik rumah,dan dapat meluangkan masa bersama kekuarga yang dirindui... : )
Sabtu, 17 April 2010:
- Penulis melawat rakan penulis di Cheras,K.L dan bermalam di rumahnya selama 1 malam. Sejuk time tido tuh,tapi rakan penulis selimutkan... Thanks,rakan penulis... :)
Ahad, 18 April 2010:
- Penulis menghabiskan masa penulis bersama rakan penulis. Gi tengok wayang,jejalan,citcat,spam menyepam dan lain2. Then petangnya,penulis pun bergerak pulang ke rumah.
- Ketika dalam perjalanan,hujan rahmat turun dengan lebat,membuatkan penulis berhenti di RnR Rawang untuk berteduh,minum-minum petrol air mineral dan bersembang dengan pakcik penjaga pam air minyak tentang keadaan Malaysia kini,specifically di kawasan Hulu Selangor. Setelah hujan beransur reda,penulis pun meneruskan perjalanan balik ke rumah.
- Sedang dalam perjalanan pulang,penulis tertimpa kemalangan. Segalanya bermula apabila kereta dihadapan penulis membrek secara tiba-tiba,membuatkan penulis terkejut lalu membrek sekuat tangan dan kaki. Perbuatan penulis membuatkan tayar motor ayah penulis tergelincir,menyebabkan penulis jatuh ketengah jalan. Alhamdulillah,kenderaan dibelakang penulis berada dalam jarak selamat dan sempat membrek,menyebabkan keretanya berhenti jauh dari penulis yang sedang terbaring. Andai tak sempat brek,berkemungkinan penulis tidak dapat menulis lagi di sini. Penulis yang menerima luka sedikit di kepala lutut terus bangun dan menolak motor ayah penulis yang calar. Dalam hati,penulis takut sangat ayah marah kerana mencalarkan motor barunya. Sesampainya di rumah,mama penulis pun bubuh minyak hitam gamat di lutut penulis. Kerana kejadian ini,penulis serik nak ride ketika hujan lebat,takut tergelincir lagi. Seram woo,dalam kepala dah terbayang apa rasa kalau kepala yang masih berhelmet ni dilanggar oleh bampar kereta Honda Civic yang rendah tu,entah sangkut ke tidak. Lagi ngeri kalau badan penulis kena golek bawah lori treler 18 tayar,agak-agak ada rupa lagi tak penulis sekarang ni.
Isnin, 19 April 2010:
- Kerana 18 April lepas merupakan hari keputeraan baginda Sultan Perak,baginda memberi cuti kepada rakyat Perak pada hari Isnin,yang membuatkan penulis rasa hepi kerana dapat cuti extra,hehehe... Dan pada hari inilah penulis pulang ke pangkuan katil penulis di UTP yang panas itu dengan menaiki motor ayah penulis yang baru lepas drift semalam. Pagi itu,penulis buat check-up di klinik untuk memastikan yang penulis x ada apa-apa,dan menghantar motor ayah penulis ke bengkel untuk memulihkan keadaannya. Selesai semua keja pagi itu,penulis pun bertolak pulang pada jam 2 petang.
- Dalam perjalanan pulang,tiba-tiba penulis rasa semacam. Rasa tak sedap je bawak motor ni,lalu penulis pun berhenti di bawah jambatan untuk check,dan alangkah terkejutnya penulis kerana rantai motor penulis sudah kendur. Kerana risau,penulis pun exit dari highway,mencari bengkel motor untuk membaikinya. At last,kena juga penulis keluarkan duit makan penulis berjumlah RM 45 untuk menukar spoket motor dan rantai. Selepas menukar spoket motor itu,penulis meneruskan perjalanan penulis,sampai la ke bilik penulis pada jam 7 malam.
Ringkasnya,penulis sangat hepi dengan apa yang berlaku minggu lepas,walaupun lutut menggesel tar jalan. Semoga lepas ni,penulis tidak menunggang motorsikal dalam hujan. Ride time jalan kering cam kat Tronoh ni jer... :)
(p/s: kepada rakan penulis,thanks 4 everything ok! Nanti cuti,jumpa lagi ya... :) )