Apr 22, 2010

Henshin!

Salam...

Ok,sekarang penulis tak mahu guna aku lagi,rasa kurang umph! di situ...

BTTT

Henshin,Transform,Bertukar dan macam-macam lagi la perkataan semaksudnya dilaungkan oleh superhero-superhero seperti Kamen Rider,JetMan,Power Rangers dan lain-lain lagi bila mereka tahu raksasa dari Planet Keron (jap,ni cerita Keroro ni) dan jiran-jiran menyerang Bumi.

Contoh: Kamen Rider Black

Dulu time penulis kecil lagi,penulis memang minat cerita superhero ni,dan kalu boleh,memang nak dapat kuasa bertukar macam tu,tapi nak buat macam mana,planet bumi masih selamat dari ancaman raksasa. Jadi,penulis menyimpan hasrat penulis yang satu ini.

Kini,selepas bertahun-tahun penulis menjadi manusia biasa,kini penulis nak berubah,bertukar... Tapi bukan nak jadi superhero seperti Gaban ataupun KeluangMan yang selalu difikirkan oleh polis kawasan Tumpoi, tetapi penulis cuma mahu berubah dari segi disiplin diri untuk menjadi lebih baik.

Penulis baru sedar,apa yang terjadi pada diri penulis ada kaitan dengan apa yang penulis selalu lakukan. Banyak main game,Facebooking,tidur(pantang ada waktu senggang),dan banyak lagi la. Jadi,penulis nak berubah....Hijrah...kearah yang lebih baik.

HENSHIN!!! 

Mulai sekarang,penulis tak mahu bermain-main lagi. Penulis nak fokus! Fokus dengan apa yang sepatutnya penulis buat sekarang,demi masa depan yang lebih cerah...




0 Comments: