Apr 13, 2010

Mana lagi berharga?

Salam...

Pepatah hari ini:

"Kera di hutan disusukan,anak di rumah mati kelaparan"

Maksud sebenar: Orang itu mengutamakan orang lain daripada keluarganya sendiri...

Ini maksud betulnya,yang dimana sekarang pun memang ada berlaku... sibuk duk jaga orang lain berbanding famili sendiri...

Akan tetapi,aku bukan nak cerita pasal maksud sebenarnya,tapi statement peribahasa itu sendiri...

Highlight balik: "Kera di hutan disusukan,anak di rumah mati kelaparan"

Kera = haiwan
Anak = manusia

Kalau kita tengok betul-betul.... zaman sekarang ni,nyawa haiwan lagi penting daripada nyawa orang...

Kenapa? Itu yang aku pn tak paham...

Contoh:
1. Kita sibuk fight jangan tebang hutan, nanti haiwan diancam kepupusan... Jangan buru spesis terancam... Tapi,nyawa manusia dilayangkan,dicabut dengan kejam dengan butir-butir peluru yang panas membakar jasad manusia... Kenapa?
Kalau ikutkan,kita pun spesis terancam juga... diancam dengan perkara-perkara lagha,perkara yang menjauhkan kita dengan Pencipta kita. Kenapa kita tak fight,jangan lulus konsert,jangan bagi lesen buka kelab malam,karoke... Paling2 senang pun,nape tak fight,jangan tak pi solat... itu yang paling ringan....

2. Kita nampak seekor kucing ngiau-ngiau kat kita, lalu kita pun bagi makan kat dia,cian...lapar dia,kan?  Tapi,anak-anak miskin? Keluarga yang hidup serba kekurangan,dhaif,ada kita kisah? Ada? Berapa sen,berapa ringgit kita sedekahkan,untuk bantu mereka yang dalam golongan macam ni?

3.Kita kasihan bila tengok ada haiwan cedera...nyaris mati, sanggup hantar klinik,jaga sampai baik... Kerana haiwan itu pn makhluk Allah juga... Tapi,nyawa anak2 baru lahir hasil zina? Kita buang dalam tong,buang dalam sungai, buang dalam bilik air...bakar pn ada... Bukan anak itu makhluk Allah jugak ke?
(Time buat,pandai... Konon kata nak bertanggungjawab kalau jadi apa-apa...time dah ada anak tak sah taraf,buang plak... yang lelaki missing in action... SAYANG ke tu?)

Nampak tak? Ini yang terjadi zaman sekarang. Nyawa ciptaan Allah yang lain lebih dijaga,lagi berharga dari nyawa manusia sendiri...

Jadi,renung-renungkanlah...


3 Comments:

Kuri Kuri said...

haha,
lebih baik sayangkan dan kesiankan binatang daripada sayangkan manusia yang tidak kenal erti kasih sayang :P

Ayien said...

hm... 1 pandangan yg laen...

entah la... ramai sangat kut org dah xde rasa sayang2 ni...

apa2 pun,sayangi diri sendiri...br pikir nk sayang yg len

The Aviator said...

sob2...
aku insap ja..