Apr 25, 2010

Minat pada motor...

Salam...

Post kali ni,penulis nak list down motor-motor yang penulis berkenan...dan kalau mampu,nak memilikinya~

Nombor 1: Kawasaki ER-6N.


Berkenan bangat dengan moto ni... Kategori superbike... Ni kalau mentibai laju-laju atas highway pun sodap ni... Takat nak cucuk belakang Honda Civic,takde hal tapi,penulis tak berani nak bawak laju sangat-sangat sampai abes dipulas trotelnyer... Mau ade yang tertinggal kat belakang nanti... 1 hari nanti,penulis nak beli jugak motor ni,atau yang seumpamanya bila penulis dah mampu... Sekarang tak mampu lagi,harga dia pn mahal...RM30,000, lebih tinggi pulak harganya dari Perodua Kancil/Kelisa 2nd Hand...


Nombor 2: Yamaha Nouvo LC.

Yaa... Motor idaman penulis sejak di-launch beberapa tahun lepas... Walaupun skuter je,tapi pickup sodap... sonyap pun sonyap,tak mengganggu jiran-jiran yang sedang bersembang di kedai kopi kalau penulis lalu depan diorang dengan motor ni... Nak beli bila dah abis Internship kat .... (penulis tak tau la intern kat mana nanti...hehehe)

p/s: Ayah,nanti nouvo S kat umah nak convert jadi moto ni boleh tak? Tak perlu la nak beli moto ni... :D

Nombor 3: Modenas GT128.

Yang ni pun berkenan jugak... Ada,mmg dah ada,tapi abah punya... So nak pakai tu memang kena ada permission... Adey,dengan moto ni la jugak penulis jatuh motor... 1st time ever... nasib baik calar tak banyak... Kenangan oh kenanagan... Dengan motor ni jugak la penulis dilabel Adnan Sempit oleh beberapa orang...termasuk pakcik polis yang buat roadblock kat depan gate UTP kerana warnanya yang oren terang,sampaikan para pemandu boleh nampak motor ni dari jarak 1 kilometer kerana keterangannya... :)

(p/s: kalau la moto ni bule diautomatikkan gearnya... mudahnya...tak la letih pikir nak tukar gear,dan kes nak masuk gear 5 yang tak wujud pun takkan terjadi)

Nombor 4: Naza GTR 150

Ranking nombor 4,Naza CPI GTR150 ni menarik hari penulis juga la sebab bodynya yang besar ala-ala superbike,plus enjin automatik seperti skuter. Kalau ada yang rasa nak bawak superbike tapi tak reti main clutch tangan atau seorang yang dah sebati dengan kesenangan menunggang skuter yang sememangnya automatik,motor ni memang sesuai untuk anda. Sensasi seperti ride superbike,mudah seperti skuter. Mana tak mudah,trotel dipulas laju-laju kat highway,tak payah nak main gear kat kaki, dimana gear manual ni sesuatu yang penulis memang tak suka. Kalau ikutkan hati,nak aje convert GT kat atas tuh jadi auto,so that adik penulis yang nak SPM hujung tahun ni tak ragu-ragu nak pinjam motor oren tu kalau nak pergi kedai runcit seberang jalan.


Ok la,sampai sini je penulis nak share... Nanti kalau ada masa,penulis update lagi ya.. Salam...

p/s: Penulis bukan mat rempit okey... Penulis tak buat kerja sambilan racing-racing di malam hari ataupun siang di kawasan bandar ataupun kampung... Membahayakan orang ramai dan diri sendiri jer... Penulis suka ride motor kerana bila penulis ride motor,penulis rasa lapang sangat... Hilang segala kecelaruan fikiran bila rasa belaian angin ketika menunggang...(sekarang ni angin je belai-belai... nanti tangan lembut sang isteri pula yang membelai-berapa lagi la penulis kena tunggu sehingga sampai waktunya ni???) 

1 Comments:

Anonymous said...

salam,,hye! ak pon ske+minat kat motor gak..heheh berangan nak 1 bila da keje t,,
sama la mcm motor yg ko minat gak tuh.especially yg naza skuterbike tuh..haha hoyeh2~~ sronok2 baca,,