Aug 23, 2011

Outing KakiPhoto 22 Ogos 2011

Assalamualaikum ya sahabat..

Lama tak jumpa,hangpa semua pa habaq? Dah makan tengah hari? Kalau dah,hang x puasa ar tu...

Ok,la ni ak nak cerita sket pasal outing tangkap-tangkap gambar semalam.

Semalam,22 Ogos 2011, telah diadakan satu aktiviti luar yang dianjurkan oleh KakiPhoto di kawasan lapangan terbang helipad UTP. Tema untuk outing kali ni adalah 'Automotive',yang bermaksud gambar-gambar yang ditembak ada related dengan kenderaan. Memandangkan aku tak ada kamera,aku pun pinjam la kamera member aku yang seorang ini...

Awal-awal sesi,ok,cuaca cantik tapi 30minit lepas tu,amik hang,hujan turun dengan malu-malu dan makin lebat,(macam suh balik bukak pose je) yang menyebabkan sesi fotografi ditamatkan secara tak matang.

"Hang kata hang amik gambar. Mana gambarnya?"

Sat ar... gile tak nyempat.. =_="

Ok,ni la beberapa gambar yang ak dapat tangkap sebelum hujan... 2 gambar je pun..



Amacam? Ok tak?

Orait la,ak pun nak mandi ni,nanti ade pape,aku tulih ag ya...

Salam...

2 Comments:

izz said...

cantik tu!!!

izz said...

pandai ko edit along!!!