Jan 22, 2009

Pertukaran address aku....

Salam..

Ni ada satu announcement:

Kepada mereka-mereka yang  wat link blog aku,segala ampun dan maaf dipohon..
Ini kerana aku dah tukar address dia..

Ni address baru blog aku ya..(bukan address rumah atau bilik hostel)
http://zulyadainishak.blogspot.com yang akan di-launch dalam masa yang terdekat ini...

Sebab aku nak tukar address ni adalah kerana aku merasakan yang address sebelum ni (zulyadain.blogspot.com) agak kurang komersil coz rasa cam pendek jee....

Apa2pun,nanti bila aku nak tkr alamat ni,aku akan announce kat friendster @ms @ym @gtalk aku... 

So,nanti korang re-link balik ya.....

Segala kesulitan amatlah dikesali.......

Jan 19, 2009

First day...

Salam...
Hehehe,hari ni hari first aku masuk lecture (cam baru masuk u je aku ni..)
untuk sem kedua (baru foundation je).

Pagi,jam sembilan....

Pagi tadi masuk kelas,ingatkan subjek Kimia (seperti tertulis dalam jadual),teteapi subjek lain pulak daa.....subjek yang agak menensenkan aku jugak la ('coz tak score last sem) iaitu Emginnering Mathematics (Matematik Kejuruteraan kata orang melayu). "Apesal la emath dulu ni???". Tapi takpe la,asalkan aku dapat study suda..... kan?

Pas e.math (shortform Engineering Maths,panjang sangat nak tulis),aku dan rakan-rakan terus gerak utk mendaftar Lab. Ok lg la sebab tak berapa crowded,n agak laju jugak connection kat situ. Dah puas mendaftar,kami trus lepak jap kat kafe terdekat. 

Sambil lepak2,akun terpandang sesuatu yang agak menarik jugak la,ayam....(huh,cam tak pernah jumpe ayam je aku nie...)

Aku pun tanpa memikirkan status kewangan aku,terus membeli seketul ayam (nak beli seekor,memang konfem lari bajet aku)

"Pergh,sedapnya......Takpe,pas kelas ni aku nak g makan lagi,siap nasi juga. Tak puas makan ayam je..."

Tetapi yang mengecewakan diri,hajatku untuk makan tengah hari kat kafe tersebut tak kesampaian kerana member semua nak makan d kafe yang paling dekat (kafe yang aku lepak td agak jauh gak la...)

"Takpe,next time ak g..... Tunggulah kamu wahai ayam....Akan kumakan dirimu itu...."

Hehehe,tu je aku nak cerita...takde pape pun yang best.....(Saje nak isi masa lapang yang agak lapang ni.....)

Ok,sampai sini je la......ntah apa aku ngarut ni,korang baca je la ya..... Leh gak isi masa lapang korang,heheheh

Salam.... Peace,No War....

Jan 12, 2009

Handsetku....


Salam....
Pergh,lama kut aku tak menaip dalam blog ni (macam la ada orang baca blog aku ni,heheheh)
Takpe,sekarang ni aku nak tulis 1 blog berkaitan handset aku yang masih baru jugak la (tak sampai setahun lagi)

Kisahnya....

6.45 am,Monday:
Entah macam mana,aku tersedar dari tidurku yang agak lena..... Bila dah sedar,tengok jam,tau-tau dah nak lepas dah subuh.... Lalu aku pun terus melakukan perintah Allah yang kadang-kadang terlepas......

6.55 am:
"Mana handset aku ni?" Dengan muka yang masih menunjukkan tanda-tanda nak tidur dan dengan cahaya yang agak kelam (malas nak bukak lampu),aku mencari handsetku yang amat aku sayangi (dah kata mahal,takkan tak sayang kut?)

"Ha,kat sini rupanya engkau,wahai handsetku." Jumpanya? Aku jumpa handset ni terselit kat tepi katil.....

Tapi,yang paling meyayat hati aku ialah........

HANDSET AKU 'JAM' , BEKU , 'HANG'.......Tekan-tekan button tak effect. Bila aku slide down je hp aku mati sendiri.... On balik,padam....

Nampaknya handset aku ni kena dihantar pulang ke kampung halaman aku la,untuk dibaiki di Nokia center yang terdekat (I'm a Nokia user,dan pic hp diatas tu la hp aku).