Enti...
Bukan ana tidak mahu memandang wajah enti,
Tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti,
Hari-hari yang pasti...
Bukan ana tidak mahu melirik senyuman pada enti,
Tetapi ana selalu tersenyum di dalam hati,
Agar senyuman ini `mahal’ pada hari cincin disarungkan di jari,
Di hari-hari yang pasti...
Bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pada enti,
Tetapi ana selalu mendoakan agar satu hari nanti,
Ana tidak perlu bertanyakan khabar dan ana sentiasa merasai,
Di hari-hari yang pasti...
Bukan ana tidak mahu bercakap dengan enti,
Tetapi ana ingin menghabiskan bicara-bicara ana,
Ketika mana ana dan enti bukan lagi `ana dan enti’
Di hari-hari yang pasti...
Bukan ana tidak mahu chatting dengan enti,
Tapi ana takut jari-jari ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut enti.
Di hari-hari yang pasti...
Bukan ana tidak mahu mesej dengan enti,
Tapi bimbang ALLAH akan menarik kenikmatan ini di hari-hari yang pasti,
Ketika itu mungkin ALLAH menarik nikmat cinta yang dinikmati di waktu ini.
Bukan ana tidak ingin memandang wajah enti,
Tapi ana bimbang wajah ini tidak akan lagi memberikan senyuman di setiap pagi,
Di hari-hari yang pasti...
Bukan ana tidak mahu memandang senyuman enti,
Tapi ana bimbang senyuman ini akan pudar dan layu,
Di hari-hari yang pasti...
Bukan ana tidak ingin membelikan hadiah untuk hari jadi enti,
Tapi bimbang hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk enti,
Tidak lagi,
Di hari-hari yang pasti...
Enti...
Yakinlah...
Bukan ana tidak ingi mengatakan rindu pada enti,
Tetapi rindu ketika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada ILAHI,
Kerana ia bukan hari-hari yang pasti...
Bukan ana tidak ingin mengatakan cinta pada enti,
Tapi ana tahu cinta saat ini juga tidak membawa kepada cinta ana pada ILAHI,
Kerana ia bukan hari-hari yang pasti...
Kerana ia bukan di hari-hari yang pasti,
Ana tidak mahu hati ana dan enti mati,
Lalu mematikan hubungan ana atau enti engan ILAHI.
Enti...
Intailah sebentar di hari-hari yang pasti,
Ketika itu,
Ana jatuh enti menghulurkan tangan untuk memberi ana harapan,
Ana kesedihan enti bersedia untuk tersenyum di sisi dan menggembirakan,
Ana berseorangan enti lah teman,
Ana kelalaian enti lah mengingatkan,
Ketika itu,
Ana dan enti,
Bukan lagi `ana dan enti’,
Kerana,ia adalah hari-hari yang pasti,
Berdoalah untuk hari-hari yang pasti...
Hari-hari yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran,
Dan itulah jalan yang telah ISLAM berikan...
Selamat Malam Enti...
Moga kita dipertemukan nanti,
Di hari-hari yang pasti,
Seperti yang ALLAHU RABBI telah janji,
Bagi mereka yang mana hati-hatinya tidak mati di hari-hari yang pasti...
(Saya harap sangat akan datang 'hari-hari yang pasti' buat saya dan si dia....)